PENGUMUMAN

Petua baharu untuk membantu anda menjana pendapatan melalui Pengewangan Kandungan Facebook. Ketahui cara meningkatkan pendapatan anda.

30 Mac 2026

Perkara penting:

Facebook membayar hampir $3 bilion kepada pencipta pada tahun 2025. Daripada $3 bilion bayaran tersebut, 60% disalurkan kepada Reels manakala yang selebihnya disalurkan kepada siaran Cerita, foto dan siaran teks.

Kami berkongsi petua baharu dan amalan terbaik yang dikemaskinikan untuk membantu anda meningkatkan pendapatan pada Facebook.

Ketahui cara tontonan, masa tontonan dan penglibatan yang layak memainkan peranan terhadap jumlah pendapatan anda daripada siaran Reels, Cerita, foto dan siaran teks.

Kami juga memperkenalkan metrik baharu untuk memberi anda gambaran yang lebih jelas tentang pendapatan dan prestasi anda.

Di Facebook, kami komited untuk membantu anda mengubah minat anda menjadi profesion dan hari ini kami berkongsi butiran lanjut tentang cara program Pengewangan Kandungan kami berfungsi, dengan amalan terbaik yang dikemaskinikan dan metrik baharu untuk membantu anda meningkatkan pendapatan anda.


Cara Anda Menjana Pendapatan pada Facebook


Program Pengewangan Kandungan kami direka untuk memberi anda ganjaran atas kandungan menarik yang disukai oleh komuniti anda. Anda boleh menjana pendapatan daripada hampir setiap jenis kandungan yang anda cipta: siaran Reels, Cerita, foto dan juga siaran teks.


Bayaran adalah berdasarkan prestasi kandungan anda, yang bermaksud pendapatan anggaran anda adalah berdasarkan tontonan layak yang diterima oleh kandungan anda. “Tontonan layak” bermakna bukan semua tontonan dikira untuk pengewangan. Kami mengecualikan perkara seperti tontonan berulang, tontonan yang lebih pendek daripada lima saat atau tontonan bagi kandungan yang tidak memenuhi Dasar Pengewangan Rakan Kongsi atau Kandungan kami. Faktor lain juga boleh mempengaruhi bayaran anda, seperti:


Masa Tontonan: Apabila masa tontonan pengguna meningkat pada Reel atau Cerita, pencipta mungkin memperoleh bayaran yang lebih tinggi. Bereksperimen dengan tempoh berbeza untuk menemukan titik ideal kandungan bagi penglibatan masa tontonan dan tontonan layak, sekali gus memaksimumkan pendapatan.

Penglibatan: Apabila khalayak memberikan reaksi, komen dan berkongsi, ini menandakan kandungan anda mendapat sambutan. Hal ini boleh membantu meningkatkan jangkauan, sekali gus menghasilkan lebih banyak tontonan dan akhirnya meningkatkan pendapatan.

Jangkauan Global:Bayaran juga boleh berbeza bergantung pada rantau tontonan kandungan.

Kualiti dan Keaslian Kandungan: Suara dan perspektif unik anda menjadikan kandungan anda istimewa. Kandungan asli yang berkualiti tinggi lebih berkemungkinan disyorkan dan menjana pendapatan lebih tinggi.


Jejaki Pendapatan Anda dengan Metrik Baharu


Untuk memberikan anda pemahaman yang lebih jelas tentang prestasi anda, kami memperkenalkan metrik baharu dalam Papan Pemuka Profesional anda, termasuk:


Tontonan Layak: Tontonan kandungan anda yang mungkin layak menjana pendapatan.

Kadar Pendapatan: Pendapatan anggaran bagi setiap 1,000 tontonan yang layak.


Kami juga akan menunjukkan sebab tontonan anda tidak layak merentas dua belas kategori yang berbeza:


Anda mematikan pengewangan: Tontonan semasa pengewangan dimatikan kerana anda menyahdayakan iklan.

Pengewangan dinyahdayakan pada halaman anda: Tontonan semasa pengewangan dinyahdayakan kerana terdapat isu pada Halaman anda.

Akaun bayaran tidak disediakan: Tontonan semasa persediaan akaun bayaran anda tidak lengkap dan pendapatan dijedakan.

Kandungan tidak mematuhi dasar kami: Tontonan kandungan yang dibenderakan kerana melanggar dasar kami. Ketahui lebih lanjut

Kandungan siar silang daripada orang atau Halaman lain: Tontonan pada kandungan siar silang daripada Halaman Facebook lain yang tidak anda miliki atau urus. Hal ini tidak terpakai untuk kandungan yang disiar silang daripada Instagram. Ketahui lebih lanjut

Kandungan bukan awam: Tontonan pada kandungan bukan awam, yang tidak layak untuk menjana pendapatan.

Pendapatan ditahan kerana semakan hak cipta: Tontonan kandungan semasa pendapatan ditahan kerana semakan tuntutan hak cipta.

Tempoh kandungan kurang daripada 10 saat: Tempoh kandungan lebih pendek daripada 10 saat dan tidak layak untuk menjana pendapatan.

Tontonan berulang: Berbilang tontonan daripada penonton yang sama dalam satu sesi, yang tidak layak untuk menjana pendapatan.

Masa tontonan kurang daripada 5 saat: Tontonan kurang daripada 5 saat adalah terlalu singkat dan tidak layak untuk menjana pendapatan.

Aktiviti daripada pengguna yang dihadkan: Tontonan semasa terdapat sekatan pengguna yang menghalang anda daripada menjana pendapatan.

Lain-lain: Termasuk sebarang kombinasi sebab yang dinyatakan atau sebarang keadaan tambahan.


Lihat metrik baharu ini untuk mengetahui cara meningkatkan tontonan dan masa tontonan anda. Semakin ramai orang menonton kandungan anda, semakin banyak wang yang boleh anda peroleh.


Amalan Terbaik untuk Meningkatkan Pendapatan Anda


Untuk membantu anda memanfaatkan alat pengewangan kami dengan sepenuhnya, yang berikut ialah beberapa petua:


Bereksperimen dengan pelbagai jenis kandungan: Anda boleh menjana pendapatan pada siaran Reels, Cerita, foto dan siaran teks. Lihat perkara yang sesuai dengan khalayak anda dan memacu hasil terbaik.

Cipta kandungan asli: Suara unik anda ialah kuasa luar biasa anda. Kami mengutamakan kandungan asli yang mempamerkan perspektif anda dan melibatkan komuniti anda.

Elakkan umpan penglibatan: Jangan galakkan penglibatan dengan gesaan seperti “tonton sehingga tamat” melainkan jika ganjaran adalah bermakna dan relevan dengan penonton.

Sesuaikan dan kongsi kandungan anda untuk khalayak anda pada Facebook: Berikan perhatian kepada kandungan yang berprestasi baik dan perkara yang diperkatakan oleh khalayak anda dalam komen. Hal ini akan membantu anda mencipta lebih banyak perkara yang disukai oleh mereka.

Tingkatkan tontonan dan masa tontonan anda yang layak: Semakin ramai orang menonton Reels dan Cerita anda, semakin banyak wang yang boleh anda peroleh. Bereksperimen dengan tempoh berbeza untuk menemukan titik ideal kandungan bagi penglibatan masa tontonan dan tontonan layak, sekali gus memaksimumkan pendapatan.

Perhatikan cara orang berinteraksi dengan kandungan anda: Reaksi, komen dan kongsi ialah isyarat bahawa kandungan anda menawan hati—dan boleh membantu kandungan itu berprestasi lebih baik secara keseluruhan.


Mula Menjana Pendapatan Hari Ini


Kami tidak sabar mahu melihat perkara yang akan anda cipta dan peroleh pada Facebook. Walaupun Pengewangan Kandungan pada masa ini merupakan program melalui jemputan sahaja, anda boleh menyatakan minat dengan melawati Papan Pemuka Profesional di aplikasi mudah alih Facebook, memilih tab “Pengewangan”, kemudian memilih “Pengewangan Kandungan” untuk melengkapkan borang minat.


Jika anda seorang pencipta yang mantap dan baru menggunakan (atau menemukan semula) Facebook, anda mungkin layak menyertai program Laluan Pantas Pencipta baharu kami. Ketahui lebih lanjut tentang syarat kelayakan dan buat permohonan di sini.


Kami sentiasa mengusahakan cara baharu untuk membantu anda berjaya dan kami akan berkongsi lebih banyak kemas kini dalam waktu terdekat.


Baca Seterusnya

/
42

Sertai kami

Terima petua dalaman eksklusif, nasihat pakar dan berita pencipta terkini dengan mendaftarkan diri.