Kerajaan dan organisasi bukan berasaskan keuntungan
12 Ogos 2025
Amalan Terbaik untuk Menjalankan Kajian Kenaikan Jenama
Sila pastikan anda membaca tentang pendekatan Meta terhadap pengukuran dan alat yang tersedia dalam siaran blog lain dalam siri ini:
Dapatkan Pemahaman yang Lebih Baik tentang Pemasaran Digital dengan Penyelesaian Pengukuran Meta
Sebagai sebuah organisasi kerajaan, politik atau bukan berasaskan keuntungan , anda boleh menggunakan alat pengukuran Meta untuk mengetahui keberkesanan kreatif anda, menjadikan pembelian iklan lebih cekap dan meningkatkan hasil kempen anda.
Satu daripada alat yang boleh anda pilih untuk dimanfaatkan ialah kajian Kenaikan Jenama. Kenaikan Jenama menggunakan reka bentuk eksperimen untuk mengukur hasil jenama tokokan. Kenaikan Jenama melakukan ini dengan membuat tinjauan dengan orang ramai untuk menilai kesan kempen terhadap metrik seperti kesedaran jenama, pengingatan kembali iklan, kebolehterimaan dan hasrat. (Harap maklum bahawa Kenaikan Jenama dan penyelesaian pengukuran lain mungkin tidak tersedia untuk semua kempen pengiklanan.) Peninjauan jenama meninjau orang yang berpeluang melihat iklan anda dan orang dalam kumpulan penahan. Tinjauan ini akan mengira kesan tokokan daripada iklan anda terhadap kesedaran jenama, pengingatan kembali iklan, kebolehterimaan atau hasrat.

Setelah anda memahami Perancangan Media Mesra Pengukuran sebagai persediaan untuk kempen anda, semak senarai semak yang berikut sebelum menyediakan Kenaikan Jenama. Sasarkan jawapan “Ya” bagi soalan di bawah untuk memastikan persediaan anda meraih kejayaan.
Perancangan media
- Adakah objektif kempen Facebook anda sejajar dengan matlamat pemasaran anda supaya anda mengoptimumkan hasil yang anda hargai?
- Sebagai contoh, jika matlamat pemasaran anda adalah untuk memacu kesedaran tentang organisasi anda, pilih objektif Kesedaran dan pertimbangkan pengoptimuman jangkauan atau kenaikan pengingatan kembali iklan.
- Kajian kenaikan jenama paling sesuai untuk kempen yang mempunyai objektif Kesedaran dan Penglibatan, mengoptimumkan jangkauan, kesedaran jenama, tontonan video atau penglibatan.
- Pernahkah anda mempertimbangkan tempoh kempen anda?
- Kempen anda mestilah berjalan untuk minimum selama 14 hari dan maksimum 90 hari. Kajian yang lebih panjang memudahkan anda mencapai tinjauan yang mencukupi dan berkemungkinan kecil mencapai hasil negatif.
- Adakah kreatif memenuhi amalan terbaik kami?
- Adakah anda telah merancang purata kekerapan mingguan anda untuk menyasarkan antara 1 hingga 2 teraan setiap minggu?
- Adakah bajet anda memenuhi syarat minimum?
- Kami menetapkan bajet minimum di setiap negara berdasarkan analisis kami demi mencapai respons minimum yang diperlukan untuk melihat hasil statistik yang signifikan. Hal ini membantu ujian anda mencapai bilangan orang yang mencukupi dan mempunyai peluang terbaik untuk berjaya.
- Adakah anda telah mengesahkan bahawa organisasi anda tidak menjalankan sebarang kempen aktif yang menyasarkan khalayak yang sama dengan kreatif serupa yang tidak akan disertakan dalam kajian?
- Kajian dengan kadar iklan ini yang tinggi mungkin lebih sukar mencapai kenaikan yang muktamad, bahkan boleh menimbulkan kenaikan negatif, jika prestasi iklan lain lebih baik daripada iklan yang diukur.
- Gabungkan semua kempen untuk organisasi yang sama ke dalam kajian atau kempen berperingkat untuk menyingkirkan khalayak sasaran bertindih.
Alat Meta Advantage+
- Adakah anda menggunakan Bajet kempen Advantage+ supaya sistem kami boleh memperuntukkan bajet anda kepada set iklan yang paling cekap?
- Adakah anda menyasarkan khalayak luas dan berkelayakan yang memanfaatkan Khalayak Advantage+?
- Adakah anda menggunakan semua peletakan yang tersedia dengan memanfaatkan peletakan Advantage+?
Persediaan Kenaikan Jenama
- Adakah soalan tinjauan Kenaikan Jenama sejajar dengan matlamat sebenar kempen iklan?
- Sebagai contoh, jika matlamat anda adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang inisiatif derma darah anda, adakah anda bertanya soalan kesedaran? “Pernahkah anda mendengar tentang [nama inisiatif derma darah]?”
- Adakah soalan Kenaikan Jenama sejajar dengan mesej kreatif dan naskhah iklan?
- Sebagai contoh, jika kreatif anda menampilkan seruan tindakan untuk "Pandu perlahan nyawa selamat", adakah anda menggunakan frasa yang sama dalam soalan anda?
- Adakah soalan mudah difahami dan diungkapkan dengan ringkas?
- Adakah soalan tidak berkaitan antara satu sama lain?
- Orang hanya akan melihat satu soalan tinjauan pada satu-satu masa. Soalan tinjauan tidak disampaikan mengikut urutan.
Untuk membantu anda bermula, yang berikut ialah senarai semak ringkasan syarat dan syor untuk memaksimumkan keberkesanan kajian Kenaikan Jenama anda dan mendapatkan wawasan berharga untuk memperhalus kempen masa hadapan anda.
