Organisasi bukan berasaskan keuntungan dan kerajaan
22 Januari 2026
Cara pembelajaran mesin meningkatkan kecairan untuk mencapai hasil yang terbaik
Inilah masa untuk membenarkan sistem mengambil alih tugasan berat
Apabila anda memanfaatkan pembelajaran mesin, anda boleh mencapai perkara yang kami di Meta namakan sebagai “kecairan”-- keadaan pembelian iklan yang setiap belanja boleh mengalir kepada teraan yang paling berharga untuk memaksimumkan kecekapan. Hal ini dapat dilakukan apabila pengiklan tidak mengendalikan kawalan lagi dan membenarkan sistem mengambil alih tugasan berat.
Menerusi beberapa cara, usaha mencapai kecairan memerlukan pasukan menjadi agnostik – membiarkan sistem melakukan kerja untuk anda apabila berkaitan dengan bajet, peletakan, khalayak dan kreatif. Jika dilakukan dengan betul, pengguna boleh menjangkakan peningkatan kecairan akan menghasilkan peningkatan jangkauan, kenaikan atau gabungan kedua-duanya kerana sistem mendapat peluang yang lebih baik untuk memaparkan iklan pada kos yang sama. Dengan gabungan perbelanjaan kempen yang berterusan, langkah ini selalunya menghasilkan kos setiap hasil yang lebih rendah.
Dimensi kecairan adalah saling bergantung
Kempen lebih cair apabila terdapat kurang kekangan. Hal ini kerana pengehadan sekatan membolehkan sistem penyampaian memilih peluang terbaik untuk menyiarkan iklan daripada kumpulan yang lebih luas, lantas membuka peluang berharga (kumpulan ini mungkin akan dikecualikan jika tidak berbuat demikian).
Apabila anda mempunyai matlamat dan isyarat yang jelas seperti cebisan data tingkah laku khalayak anda, maka mudah untuk memberitahu sistem perkara yang anda inginkan dan membiarkan sistem mencari pendekatan yang optimum. Namun jika matlamat dan isyarat anda lebih samar, anda perlu meletakkan beberapa panduan untuk membimbing sistem dan memastikan sistem tersebut tidak terlalu menyimpang.
Walaupun penambahan kekangan ini memberikan lebih banyak kawalan, namun hal ini mengurangkan kecairan. Hal ini boleh mengakibatkan kos yang lebih tinggi dan kecekapan yang lebih rendah kerana pengurangan kumpulan peluang mengehadkan keupayaan sistem untuk menemukan peluang yang paling berharga.
Cara mencipta persediaan kempen yang cair
Meta menawarkan pelbagai jenis produk Pengurus Iklan untuk mencipta kecairan kempen:
- Kecairan Bajet: Kecairan bajet boleh ditingkatkan dengan mengalih keluar had terhadap tempat bajet kempen boleh dibelanjakan, Bajet kempen Advantage+ membolehkan pengiklan menetapkan bajet mereka pada tahap kempen dan membenarkan AI Meta mengagihkan perbelanjaan secara automatik dan pintar antara set iklan untuk memaksimumkan prestasi kempen secara besar-besaran.
- Kecairan Peletakan: Kecairan peletakan dicapai dengan membenarkan Meta menentukan gabungan peletakan/teraan yang akan memacu hasil kempen yang terbaik. Penggunaan 6+ peletakan atau peletakan Advantage+ memberikan input yang optimum kepada lelongan iklan untuk mengira pengedaran penyampaian kempen dengan berkesan.
- Kecairan Khalayak: Pengiklan boleh meningkatkan kecairan khalayak dengan memilih Khalayak luas atau dengan memilih penyasaran terperinci Advantage+, khalayak tersuai Advantage+ atau khalayak serupa Advantage+ untuk membolehkan sistem kami menyampaikan iklan melampaui khalayak asal yang dipilih, jika kami berpendapat hal ini berkemungkinan meningkatkan prestasi.
- Kecairan Kreatif: Kecairan kreatif ditingkatkan dengan menyediakan berbilang komponen kreatif seperti imej dan tajuk serta membenarkan lelongan iklan menentukan gabungan yang paling berkesan. Pengiklan boleh menerokai penyelesaian Kreatif Advantage+.
Sistem yang didorong oleh pembelajaran mesin menjimatkan masa dan usaha semasa menyediakan kempen, sekali gus membantu untuk memaksimumkan kecairan bagi meraih pembelian yang paling cekap dan menemukan wawasan baharu.
Untuk mengajukan sebarang pertanyaan, hubungi Pro Sokongan Meta, pasukan sokongan khusus kami untuk Kerajaan, politik dan organisasi bukan berasaskan keuntungan.
Berita Berkaitan
21 Januari 2026
Merekrut sukarelawan dan penyokong dengan pengiklanan Meta
21 Januari 2026
Membina khalayak yang terlibat pada Facebook dan Instagram
21 Januari 2026


