Organisasi bukan berasaskan keuntungan dan kerajaan
ยท
25 Februari 2026

Hasilkan dan ukur wawasan organik

Memanfaatkan metrik dan wawasan untuk menambah baik prestasi organik anda

Dalam landskap digital hari ini, pemahaman terhadap cara kandungan anda berfungsi secara organik merentas teknologi Meta penting untuk membina hubungan yang bermakna dengan komuniti anda. Bagi kerajaan, organisasi politik dan organisasi bukan berasaskan keuntungan, langkah memanfaatkan wawasan organik dapat membantu anda menjangkau lebih ramai orang, melibatkan penyokong dan mengoptimumkan pemesejan anda dengan berkesan.


Metrik penting yang berikut perlu diukur bagi setiap platform berasingan:

  • Papan Pemuka Profesional Facebook menyediakan data tentang khalayak dan prestasi kandungan anda. Di situ, anda dapat melihat:
    • Penonton: Bilangan akaun Pusat Akaun yang telah melihat kandungan anda sekurang-kurangnya sekali. Kandungan termasuklah reel, siaran, cerita, video langsung dan iklan.
    • Tontonan: Bilangan kali kandungan anda dimainkan atau dipaparkan. Kandungan merangkumi reel, siaran, cerita dan iklan.
    • Interaksi: Bilangan reaksi, simpan, komen, kongsi dan balasan pada kandungan anda. Kandungan boleh merangkumi format seperti siaran, cerita dan banyak lagi.
    • Demografi khalayak: Pecahan termasuk umur, jantina, bandar dan negara.
  • Papan Pemuka Profesional Instagram menawarkan wawasan akaun yang menunjukkan:
    • Tontonan: Bilangan kali kandungan anda dimainkan atau dipaparkan. Kandungan termasuklah reel, siaran, cerita, video langsung dan iklan.
    • Interaksi: Bilangan tindakan yang diambil oleh orang apabila mereka terlibat dengan kandungan anda, seperti suka, komen, simpan dan kongsi.
    • Jumlah pengikut: Lihat trend dalam kalangan pengikut anda apabila anda mempunyai sekurang-kurangnya 100 pengikut termasuk pertumbuhan, lokasi dan julat umur
    • Prestasi kandungan khusus: Lihat tontonan, akaun yang dijangkau dan penglibatan serta pecahan bagi siaran, cerita, reel dan video langsung berasingan.
  • Wawasan Pentadbir Saluran WhatsApp (tersedia dengan minimum 100 pengikut) termasuk:
    • Jumlah jangkauan: Jangkauan akaun keseluruhan dan pecahan negara penonton dan pengikut.
    • Senarai pengikut: Bilangan orang yang mengikuti saluran anda.
    • Reaksi: Jumlah reaksi dengan pilihan untuk mengehadkan pilihan emoji.
    • Penandaan aras: Bandingkan prestasi Saluran anda dengan organisasi yang serupa.
  • Wawasan Threads menyediakan:
    • Tontonan: Jumlah tontonan yang diterima oleh kandungan Threads anda. Metrik ini termasuk pengikut dan bukan pengikut.
    • Interaksi: Tindakan yang dilakukan oleh orang apabila mereka terlibat dengan kandungan anda, seperti suka, balasan, siaran semula dan petikan.
    • Pengikut: Jumlah dan trend pengikut anda. Lihat wawasan seperti: pertumbuhan, lokasi dan julat umur pengikut teratas.

Apabila anda bersedia untuk memantapkan lagi penilaian prestasi anda, anda boleh melihat wawasan merentas platform melalui Meta Business Suite untuk melihat metrik yang disatukan daripada Facebook, Instagram dan platform pemesejan. Analisis ini boleh memberikan pelbagai manfaat, terutamanya jika anda menggunakan kepelbagaian kreatif untuk meningkatkan jangkauan dan penglibatan keseluruhan anda merentas teknologi Meta bagi organisasi anda. Apabila anda berada dalam Meta Business Suite, cari tab Wawasan pada menu sebelah kiri untuk:

  • Memahami ciri dan demografi pengikut serta mendedahkan maklumat tentang bakal khalayak anda untuk membantu anda melaraskan strategi anda bagi menjangkau lebih ramai orang.
  • Melihat gambaran keseluruhan kandungan untuk membandingkan siaran dan cerita merentas aplikasi dan mengetahui jenis kandungan yang menjangkau pengikut anda dan jenis kandungan yang menjangkau bukan pengikut anda.
  • Terokai penandaan aras untuk:
    • Memahami cara prestasi anda dibandingkan dengan organisasi setara.
    • Menilai prestasi setiap kandungan anda berbanding dengan prestasi biasa anda. Sebagai contoh, lihat sama ada siaran Instagram anda menerima lebih banyak atau sedikit interaksi berbanding dengan siaran terkini.

Yang berikut ialah beberapa petua dan amalan terbaik untuk menilai prestasi organik anda:

  • Utamakan metrik yang penting: Fokus pada KPI yang sejajar dengan matlamat keseluruhan organisasi anda dan bukan semua data atau metrik proksi yang tersedia.
  • Jangan terpedaya dengan kesan pecahan: Anda mungkin perasan, sebagai contoh, bahawa anda mendapat lebih banyak jangkauan pada siaran Facebook berbanding dengan Reels Instagram anda dan memutuskan bahawa tidak berbaloi lagi untuk menghasilkan Reels Instagram. Namun begitu, adakah jangkauan pada Reels Instagram memberikan tokokan kepada Jangkauan pada siaran Facebook? Selalunya kandungan dalam format yang berbeza akan menjangkau orang yang berbeza merentas peletakan yang berbeza. Dalam kes ini, tindakan untuk tidak menjalankan Reels Instagram akan mengakibatkan jangkauan keseluruhan yang lebih rendah.
  • Pantau secara berkala: Tingkah laku orang ramai adalah dinamik dan platform Meta bersifat dinamik untuk memastikan kandungan kekal relevan. Hal ini bermakna strategi anda yang berjaya pada minggu lepas mungkin perlu dilaraskan untuk mengekalkan atau meningkatkan prestasi minggu ini. Semak wawasan dengan kerap untuk mengenal pasti perubahan trend dan melaraskan pendekatan anda dengan sewajarnya.
  • Kenal pasti perbezaan dalam segmen khalayak: Perkara yang menarik minat rakan sekerja dan rakan anda mungkin berbeza daripada perkara yang menarik minat keluarga anda dan orang lain. Penghasilan pelbagai jenis kandungan yang menarik minat dan demografi yang berbeza boleh meningkatkan kaitan dan seterusnya jangkauan serta penglibatan.
  • Terima pakai pendekatan uji dan pelajari: Pembinaan strategi pengujian yang berasaskan pelbagai wawasan akan membolehkan anda membentuk hipotesis yang diterjemahkan kepada reka bentuk ujian dan akhirnya membantu anda mengetahui strategi yang terbaik untuk digunakan. Ujian A/B kandungan, yang diakses melalui Meta Business Suite, membolehkan anda menguji hingga 4 variasi kandungan antara satu sama lain untuk melihat variasi yang paling mendapat sambutan daripada khalayak anda. Ujian ni dapat membantu anda mengoptimumkan prestasi anda dan menemukan trend supaya anda boleh membuat keputusan yang bernas tentang kandungan yang harus anda bangunkan dan majukan.

Penggunaan metrik dan wawasan organik secara berkesan akan memperkasakan kerajaan, organisasi politik dan organisasi bukan berasaskan keuntungan untuk membina hubungan yang lebih kukuh dan mencapai misi mereka pada teknologi Meta. Terokai Papan Pemuka Profesional, Wawasan dan Meta Business Suite untuk mula merangka strategi organik berpandukan data anda hari ini.




Ketahui lebih lanjut dengan menerokai bab penceritaan yang berkaitan dan ringkasan satu halaman.






Lawati hab kandungan organik untuk mengetahui lebih lanjut.