Organisasi bukan berasaskan keuntungan dan kerajaan
17 Februari 2026
Perjalanan penuh impak
Cara teknologi Meta meningkatkan sektor pelancongan dan memacu pertumbuhan ekonomi
Dalam era kehadiran digital yang pelbagai, aktiviti kembara yang dahulu menjadi wadah penerokaan secara solo, buku panduan dan syor mulut ke mulut, kini menjadi trend komuniti yang bergerak mengikut algoritma. Laporan Tourism Economics 2025 (oleh Oxford Economics) “Mengukur Kesan Meta terhadap Sektor Kembara & Pelancongan”, yang dijalankan dengan kerjasama Meta, bukan sekadar angka, malah mengisahkan perjalanan dunia yang sentiasa berubah apabila sempadan antara impian dengan pelaksanaan, antara ilham dengan tindakan, antara dalam talian dengan luar talian, semakin hilang dan saling memberikan inspirasi.
Jurupeta baharu: media sosial sebagai panduan kembara
Bayangkan pengembara moden. Sebelum mengemaskan pakaian ke dalam beg atau menempah tiket, mereka perlu menatal imej, cerita dan reel yang amat banyak sekali. Menurut laporan, 43% pengembara global kini merujuk media sosial apabila merancang pengembaraan mereka ke luar negara, manakala bagi mereka yang berumur 18 hingga 54 tahun, angka itu meningkat kepada 56%. Teknologi Meta seperti Facebook, Messenger, Instagram, WhatsApp bukan sekadar alat; wadah ini merupakan jurupeta baharu, yang memetakan keinginan dan kemungkinan dalam masa nyata.
Namun ini bukanlah fenomena yang terhad kepada satu demografi pengembara. Laporan ini mendapati bahawa 83% pengembara, tanpa mengira umur, menganggap kandungan media sosial sebagai faktor penting dalam keputusan muktamad kembara mereka. Nampaknya jurang digital semakin mengecil, digantikan dengan pergantungan pada kebijaksanaan manusia sejagat dan daya tarikan suapan yang dipilih susun.
Teknologi Meta sebagai enjin pertumbuhan
Di sebalik suka dan kongsi, revolusi yang lebih senyap sedang berlaku. Menurut laporan itu, teknologi Meta bukan sahaja membentuk perjalanan, malah memacu ekonomi. Pada tahun 2024 sahaja, pengiklanan pada Meta menyokong $4.2 bilion hasil tambahan untuk perniagaan kembara dan pelancongan di Amerika Syarikat, $3.6 bilion di EU27 dan $0.6 bilion di United Kingdom. Angka ini mendorong kesan sampingan: $5.6 bilion KDNK untuk AS, $3.7 bilion untuk EU27, $0.7 bilion untuk UK, puluhan ribu pekerjaan dan berbilion dolar hasil cukai yang disokong oleh gelombang digital.
Angka ini bukanlah cerminan ekonomi perjalanan perancangan kembara tradisional tetapi gabungan kesan langsung, tidak langsung dan berjujukan antara jalinan wadah dalam talian dengan wadah luar talian. Pengembara menonton video pencipta kembara, menempah bilik dalam talian; hotel mengupah tenaga buruh; pekerja membelanjakan gaji dalam komuniti mereka berdasarkan syor hubungan kumpulan Facebook dan iklan pelengkap yang dilihat pada Instagram. Perjalanan digital ialah pemangkin perjalanan fizikal, manakala teknologi Meta menjadi pengendali yang tidak kelihatan.
Lima tindakan perjalanan pengembara
Laporan itu membahagikan pengalaman pengembara kepada lima tindakan, setiap tindakan dibentuk oleh kandungan digital:
- Berangan-angan & Merancang: Di sini, pengembara umpama penyair, tergoda oleh video bentuk pendek dan kisah pempengaruh. Lebih separuh daripada keseluruhan masa yang diluangkan pada teknologi Meta dikhaskan untuk video, malah media sosial kini merupakan alat perancangan ketiga terpenting, selepas laman ulasan dan ejen kembara dalam talian.
- Membuat tempahan: Tindakan yang menzahirkan komitmen, dahulu dilakukan menerusi panggilan telefon dan borang kertas, kini menjadi mudah pada peranti mudah alih. Tempahan dalam talian merangkumi lebih separuh daripada tempahan hotel dan 62% daripada tempahan dibuat pada peranti mudah alih.
- Menikmati pengalaman: Perjalanan itu sendiri dibantu oleh pemesejan perniagaan dan sokongan masa nyata. WhatsApp, sebagai contoh, telah mengubah landskap khidmat pelanggan, yang menghasilkan kadar penukaran sepuluh kali ganda daripada saluran tradisional.
- Berkongsi: Pengembara menjadi penglipur lara, ulasan dan foto mereka lebih berpengaruh daripada mana-mana pengkritik. Lebih 42% pengembara mempercayai ulasan rakan pengembara berbanding dengan ulasan pihak lain, manakala lebih separuh daripada mereka enggan menempah dengan jenama yang tiada maklum balas pengguna.
- Penglibatan semula: Kitaran ini berterusan kerana pengalaman yang dikongsi mengilhamkan perjalanan baharu dan penceritaan digital menjadi semakin terperinci dengan setiap lelaran.
Seni pemasaran destinasi: Lapan pelajaran untuk era digital
Bagi mereka yang berada dalam organisasi kerajaan, politik dan bukan berasaskan keuntungan, laporan ini menawarkan panduan untuk masa hadapan:
- Terapkan AI: Kecerdasan buatan bukan lagi satu visi tetapi realiti masa kini yang mengurangkan kos dan meningkatkan penukaran. Barceló Hotel Group meraih 29% peningkatan tempahan melalui kempen yang dipacu oleh AI.
- Sampaikan cerita yang senada: Penjenamaan negara mestilah menyeluruh dengan menjalinkan suara rakyat dan entiti swasta yang relevan untuk jangka masa panjang.
- Perkasakan pencipta: Ekonomi pencipta semakin meningkat naik. Jenama yang bekerjasama dengan suara yang sahih meraih penglibatan yang lebih tinggi dan keputusan pembelian yang lebih pantas.
- Kukuhkan penglibatan: Teknologi pemesejan umpama kaunter tetamu baharu yang menawarkan sokongan berbilang bahasa dan diperibadikan yang membina kesetiaan dan kepercayaan. Visit Valencia Foundation mengalami 41x peningkatan penglibatan pelanggan selepas menyatukan semua acara pesta Las Fallas pada WhatsApp.
- Pelbagaikan kreativiti: Automasi mendayakan ujian pantas dan pengoptimuman aset kreatif supaya kempen serasi dengan pelbagai budaya dan konteks. Finnair menggunakan ciri peletakan automatik Advantage+ dan pengoptimuman bajet untuk mengedarkan iklan merentas platform Meta dan memperuntukkan sumber dengan cekap berdasarkan prestasi, serta menyaksikan 16% peningkatan jumlah carian berbayar yang didorong oleh iklan Meta.
- Manfaatkan video bentuk pendek: Reels dan format yang serupa ialah bahasa pengantar penceritaan digital, yang penting untuk menarik perhatian dalam pasaran yang tepu. Untuk menilai kesan alat automatik Meta termasuk skor peluang dalam Pengurus Iklan Meta, flyadeal bekerjasama dengan agensi LIVEmena untuk menjalankan ujian Kenaikan Penukaran yang membandingkan dua persediaan: satu persediaan menggunakan pemilihan khalayak dan peletakan manual, manakala satu lagi persediaan menggunakan khalayak dan peletakan Advantage+ automatik. Satu penilaian yang membandingkan kempen Advantage+ dan dioptimumkan untuk Reels dengan pendekatan manual tradisional menunjukkan bahawa pelaksanaan syor skor peluang memacu pulangan belanja iklan 12.4x lebih tinggi untuk tambah pada troli.
- Terapkan AR/VR: Realiti terimbuh dan realiti maya memecahkan halangan, lantas menjadikan perjalanan lebih terangkum dan mengasyikkan.
- Berpandukan data: Analisis dan percubaan ialah panduan dan pengukur pemasaran moden, yang memandu strategi dan mengukur kesan. Turkish Airlines, dengan kerjasama OMD, menjalankan kajian Kenaikan Penukaran Meta untuk mengukur kesan sebenar iklan Meta terhadap penukaran yang dipacu oleh carian. Pendekatan ini menunjukkan bahawa syarikat penerbangan itu mencapai 143,000 penukaran carian berbayar dan organik tokokan, dengan 17% daripada semua penukaran carian dikaitkan dengan iklan Meta.
Menuju masa hadapan digital yang lebih manusiawi
Dapatan daripada laporan Tourism Economics bukan sahaja menggambarkan teknologi Meta sebagai enjin ekonomi, malah sebagai pemangkin budaya. Perjalanan pengembara kini merupakan penceritaan yang dikongsi bersama, yang dibentuk oleh berjuta-juta suara dan berbilion titik data. Untuk pemasar digital dalam bidang kerajaan, politik dan organisasi bukan berasaskan keuntungan, cabaran yang dihadapi (boleh juga menjadi peluang) adalah untuk memanfaatkan tenaga ini dengan cara yang bertimbang rasa, secara provokatif dan dengan kesedaran budaya.
Akhirnya, transformasi digital kembara bukanlah tentang teknologi semata-mata. Perkara ini meliputi hubungan antara orang, tempat dan kemungkinan. Walaupun platform tersebut bersifat maya namun kesan adalah nyata, memacu pertumbuhan ekonomi dan mengeratkan hubungan seantero dunia.
Ketahui lebih lanjut dengan meneliti laporan pada laman web Tourism Economics dan memuat turun dek Perjalanan Penuh Impak.