Organisasi bukan berasaskan keuntungan dan kerajaan
ยท
25 Februari 2026

Kekal selamat pada teknologi Meta

Cara melindungi akaun anda, melindungi maklumat anda dan melindungi komuniti anda

Keselamatan bukan sekadar ciri, malah asas yang memungkinkan segala perkara lain. Apabila komuniti anda berasa selamat, mereka terlibat dengan lebih terbuka. Apabila akaun anda dilindungi, anda boleh menumpukan perkara yang penting: membina hubungan yang bermakna.


Meta telah melabur lebih $30 bilion dalam keselamatan dan keterjaminan sejak dekad yang lalu, dengan kira-kira 40,000 orang bekerja sepanjang masa untuk memastikan teknologi kami selamat. Namun keselamatan yang paling kukuh terwujud apabila organisasi bekerjasama dengan sistem ini. Yang berikut ialah cara memanfaatkan alat keselamatan Meta dengan sepenuhnya.


Pastikan akaun anda selamat: Bina barisan pertahanan pertama anda


Keselamatan akaun bermula dengan perkara asas tetapi pelaksanaan yang baik memberikan perbezaan yang ketara.


Hidupkan pengesahan dua faktor untuk mencipta lapisan perlindungan tambahan apabila mengakses akaun anda daripada peranti baharu. Lawati Pusat Keselamatan dalam Business Suite untuk mensyaratkan 2FA bagi semua pengguna dan amalkan Pemeriksaan Keselamatan secara kerap.


Gunakan kata laluan yang kukuh dan unik dengan sekurang-kurangnya lapan aksara yang menggabungkan nombor, huruf dan aksara khas. Pantau awasan log masuk untuk menangkap percubaan akses yang tidak dikenali. Awasan ini memberitahu anda peranti yang cuba log masuk dan lokasi peranti tersebut.


Semak silang e-mel sokongan dengan teliti. E-mel Meta yang sah hanya datang daripada @fb.com, @facebook.com, @facebookmail.com, @support.facebook.com, @support.instagram.com atau @mail.instagram.com. Meta tidak akan sesekali menghantar komunikasi rasmi kepada anda melalui DM.


Lindungi maklumat anda: Kawal perkara yang anda kongsi


Privasi bukanlah satu penyembunyian tetapi pemilihan orang yang boleh melihat sesuatu perkara.


Lawati Pusat Privasi dan gunakan Semakan Privasi untuk menyemak orang yang boleh melihat siaran, maklumat profil dan tetapan aplikasi anda. Kekalkan kesahihan akaun dan pastikan semua orang dalam Pengurus Perniagaan anda menggunakan profil sebenar kerana akaun palsu atau kongsi melanggar dasar Meta.


Urus tag dan sebutan dengan menggunakan semakan tag untuk meluluskan atau menolak tag sebelum perkara tersebut dipaparkan. Pertimbangkan untuk menyembunyikan bilangan suka bagi melindungi akaun anda daripada penipu yang menyasarkan akaun dengan penglibatan yang tinggi.


Gunakan senarai terhad untuk orang yang anda telah berhubung tetapi mungkin tidak mahu berkongsi semua perkara. Pada Instagram, pengehadan akaun bermakna pengguna tidak akan tahu bahawa mereka dihadkan dan komen mereka memerlukan kelulusan anda untuk dilihat oleh orang lain.


Lindungi komuniti anda: Wujudkan persekitaran yang mesra


Komuniti yang selamat ialah komuniti yang orang berasa selesa untuk disertai.


Laporkan penyalahgunaan dengan segera. Meta menyertakan pautan pelaporan pada hampir setiap kandungan dan pasukan global bekerja sepanjang masa untuk menyemak laporan. Tapis komen menggunakan penapis kata kunci dan Bantuan Penyederhanaan untuk menyembunyikan kandungan yang tidak diingini secara automatik. Penapis perkataan kesat menangkap bahasa yang menyinggung perasaan yang biasa dilaporkan.


Pilih orang yang boleh memberikan komen pada siaran awam anda dan sediakan kawalan khalayak untuk menyekat akaun yang tidak diingini. Urus komen secara besar-besaran dengan membuat tindakan pukal dan padamkan berbilang komen atau sekat berbilang akaun secara serentak.


Pro Sokongan Meta menyediakan sokongan pakar untuk rakan kongsi kerajaan dan organisasi bukan berasaskan keuntungan melalui facebook.com/government-nonprofits/help.


Keselamatan membolehkan segala perkara lain


Apabila orang percaya bahawa mereka berada dalam persekitaran yang selamat, mereka lebih cenderung untuk terlibat, berkongsi dan berhubung. Meta mengambil pendekatan keselamatan yang mengutamakan orang ramai kerana persekitaran yang selamat untuk orang ramai merupakan persekitaran yang selamat bagi organisasi.


Dengan meluangkan masa beberapa minit meneliti langkah keselamatan ini, anda tidak sekadar melindungi akaun; anda mewujudkan keadaan yang membolehkan komuniti anda berkembang maju.




Ketahui lebih lanjut dengan menerokai bab penceritaan yang berkaitan dan ringkasan satu halaman.






Lawati hab kandungan organik untuk mengetahui lebih lanjut.