Organisasi Kerajaan

Pekan Minamiise, Wilayah Mie, Jepun

Membuat penglibatan dan mendidik orang ramai melalui Reels, Threads dan Edits

Minamiise ialah sebuah perbandaran kecil yang terletak di bahagian tengah Jepun, Wilayah Mie, dengan populasi lebih daripada 10,000 penduduk. Bandar pesisir pantai yang ditubuhkan pada 2005 hasil penggabungan dua pekan kecil ini dikenali kerana kegiatan perikanan, pertanian dan perhutanan. Pemimpin tempatan tahu bahawa akaun Instagram Minamiise mempunyai sedikit pengikut dan tidak digunakan secara aktif. Sekumpulan kakitangan kerajaan yang bersemangat mahu mengubah realiti tersebut.


Cabaran


Pegawai Minamiise memahami keperluan untuk melibatkan komuniti dalam talian dengan lebih baik menggunakan cara yang mudah difahami. Matlamat mereka termasuk berhubung dengan penduduk kawasan bagi menyampaikan berita dan awasan penting bandar serta mendekati orang ramai untuk berkongsi maklumat tentang tempat tarikan di Minamiise. Disebabkan oleh kekurangan kakitangan, kerajaan menghadapi kesukaran untuk mencapai kemajuan.


Penyelesaian


Oleh sebab akaun profesional Instagram boleh diurus oleh berbilang pentadbir, kerajaan Minamiise memutuskan untuk menggunakan alat ini bagi mempromosikan bandar dan tawaran tarikan. Kakitangan kerajaan, iaitu sukarelawan dari pelbagai jabatan telah memulakan sistem pengurusan rentas fungsi untuk menjangkau khalayak awam. Antara tujuan mereka, kumpulan tersebut ingin menangani isu-isu biasa seperti tempoh yang diperlukan untuk mendapatkan kelulusan siaran. Ahli kumpulan telah mencipta aliran kerja untuk mengendalikan kelulusan yang membolehkan peralihan kepada siaran bermaklumat yang lebih tepat pada masanya daripada Instagram. Pasukan tersebut menggunakan Edits untuk mencipta Reels, memperkemas proses penciptaan dan penyiaran video untuk siaran organik dan iklan Reels. Di samping itu, mereka mula menggunakan Threads untuk menyiarkan kedua-dua Reels dan teks secara aktif, menjadikan maklumat mudah difahami dan tersedia secara meluas. Reels kerap memasukkan maskot Minamiise, Taimi, anak kepada bapa ikan siakap dan ibu buah limau tangerin, kedua-duanya produk tempatan utama, bagi menyampaikan maklumat dengan cara yang menarik. Pada Threads, Pekan Minamiise juga menggunakan platform itu untuk menerangkan maklumat latar belakang yang tidak dapat disampaikan sepenuhnya pada Instagram sahaja.

Ada sesuatu yang tidak kena
Kami bermasalah bermain video ini.
Ada sesuatu yang tidak kena
Kami bermasalah bermain video ini.

Hasil


Menerusi penggunaan Instagram dan Threads, Minamiise tidak hanya dapat mempromosikan pekan sebagai destinasi pelancongan, malah kerajaan tempatan juga telah meningkatkan komunikasi dan perkhidmatan untuk warga pekan. Sebagai contoh, apabila Minamiise menggunakan iklan Reels untuk merekrut sukarelawan bagi acara memerhati bintang, kira-kira separuh (51%) telah memohon melalui iklan tersebut.

66%

Peningkatan purata jangkauan siaran Reels dari 2023 hingga 2024

70%

Peningkatan purata tontonan Reels dari 2023 hingga 2024

~2x

Peningkatan pengikut Instagram dari 2023 hingga 2024 hasil daripada peningkatan siaran Reels

“Dengan memanfaatkan Instagram dan Threads serta menggunakan Edits untuk penciptaan video, kami telah mengubah cara kami berkongsi cerita tentang Minamiise. Kini kami dapat membuat kemas kini bandar secara mutakhir, memudahkan penglibatan khalayak dan menonjolkan keunikan pesisir pantai kami kepada kumpulan penduduk dan pelawat yang kian bertambah.”


Nobuhito Kojima, Pengarah Bahagian Promosi Pembangunan Komuniti,
Bandar Minamiise

Pembelajaran


  1. Jemput kerjasama merentas fungsi: Kejayaan Minamiise didorong oleh kerjasama pekerja daripada pelbagai jabatan. Pewujudan aliran kerja kongsi dapat mengurangkan kesesakan, memperkemas komunikasi dan melahirkan idea baharu.
  2. Gunakan teknologi yang betul pada masa yang sesuai: Penggunaan berbilang aplikasi yang serasi telah membantu Minamiise mempelbagaikan kandungan dan menjadikan kandungan lebih mudah diakses serta menarik.
  3. Utamakan ketepatan masa berbanding dengan kesempurnaan: Dengan meningkatkan kelajuan kelulusan dan penyiaran, Minamiise telah beralih daripada kemas kini yang sekali-sekala kepada komunikasi yang tekal. Perubahan ini menjadikan mesej mereka lebih relevan dan berkesan.
  4. Bina hubungan yang menyentuh emosi melalui penceritaan visual: Minamiise menggunakan Reels untuk pengumuman serta menyampaikan suasana dan daya tarikan pekan dengan penuh kenangan.
  5. Jejaki metrik untuk membuktikan impak dan merangka strategi: Titik data seperti peningkatan tontonan sebanyak 70% membuktikan kejayaan strategi Minamiise. Pemasaran yang digandingkan dengan penjejakan prestasi membantu anda memperhalus taktik dan menunjukkan ROI.

Ketahui lebih lanjut tentang cara Instagram dapat meningkatkan jangkauan dan penglibatan.