Organisasi Bukan Berasaskan Keuntungan

Majlis Pelarian Norway

Memanfaatkan Platform WhatsApp Business untuk mengembangkan jangkauan khalayak dan sokongan dengan mesej utiliti

Majlis Pelarian Norway (NRC) ialah organisasi kemanusiaan bebas yang membantu orang yang terpaksa melarikan diri. Organisasi ini memberikan respons terhadap krisis baharu dan yang berpanjangan merentasi 40 negara, menawarkan perkhidmatan penting untuk menyelamatkan nyawa dan membina semula masa hadapan. Bagi memenuhi keperluan bantuan yang kian meningkat, organisasi ini memahami bahawa penyelesaian komunikasi diperlukan untuk menampung permintaan dan mengatasi halangan unik yang dihadapi oleh NRC bagi menjangkau khalayak sasaran.


Cabaran


Lebih 120 juta orang telah melarikan diri akibat peperangan, konflik dan bencana, malah jurang antara keperluan kemanusiaan dengan sumber yang tersedia semakin besar. Oleh itu, NRC ingin meluaskan operasi bantuan kemanusiaan dengan segera merentasi pelbagai negara. Usaha menjangkau lebih ramai orang dengan lebih pantas dan lebih berkesan akan menjadi sangat mencabar memandangkan pelarian sering bergerak di kawasan yang sukar diakses dengan pilihan ketersambungan yang terhad.


Penyelesaian


Hab Komuniti Digital NRC (DCH) menyediakan rangkaian teknologi yang membolehkan komunikasi dua hala secara langsung dengan orang yang dipindahkan dan memudahkan penghantaran bantuan serta sokongan yang diperibadikan termasuk talian bantuan, pemindahan wang tunai dalam talian dan latihan berasaskan mesej melalui telefon bimbit. Sebagai sebahagian daripada penyelesaian DCH, NRC memanfaatkan Platform WhatsApp Business untuk membuat penglibatan dengan komuniti dalam masa nyata dengan lebih baik, mengumpulkan maklum balas dalam pelbagai bahasa dan format, menjawab pertanyaan dengan cekap serta memperluas jangkauan. Dengan maklumat yang diterima oleh NRC, kandungan yang diperibadikan dapat dikongsikan melalui pembelajaran, video, artikel, soal jawab, imej dan butang balasan segera.


Apabila peperangan berlaku di Ukraine, berjuta-juta orang terpaksa berpindah dan memerlukan bantuan. NRC menggunakan WhatsApp untuk berhubung dengan golongan terjejas yang memerlukan bantuan tunai melalui satu siaran Facebook yang berkongsi butiran, yang menerima sejumlah respons yang mengejutkan. Mereka menggunakan ciri utama WhatsApp seperti templat utiliti automatik dan butang seruan tindakan yang mudah untuk meningkatkan kelajuan dan kemudahan orang ramai mendaftar bagi mendapatkan bantuan. Hal ini telah menjimatkan masa pengumpulan maklumat pelarian, memperluas tahap jangkauan NRC dan mengurangkan kos program.

Ada sesuatu yang tidak kena
Kami bermasalah bermain video ini.

Hasil*


Menerusi WhatsApp, NRC menjalankan dua pusingan pendaftaran peserta automatik untuk bantuan kewangan. Usaha ini membuahkan hasil yang ketara: NRC berjaya menyalurkan lebih $20 juta bantuan tunai dengan kerjasama penyedia perkhidmatan kewangan kepada orang yang melarikan diri akibat perang di Ukraine. Sejak pelancaran pada WhatsApp, organisasi tersebut telah mencecah lebih sejuta orang dan jumlah itu terus meningkat.


Penyepaduan WhatsApp ke dalam Mekanisme Maklum Balas Komuniti DCH telah meningkatkan keupayaan NRC untuk membuat penglibatan dengan komuniti yang terjejas dengan ketara. Di negara-negara termasuk Lubnan, Sudan, Uganda dan Colombia, WhatsApp telah terbukti sebagai saluran yang dipercayai, terangkum dan boleh diakses.


WhatsApp terbukti sangat berguna di Lubnan apabila menghubungkan NRC kepada populasi yang dipindahkan yang mempunyai akses terhad kepada saluran komunikasi rasmi. Di Sudan dan Uganda, walaupun menghadapi cabaran ketersambungan, alat ini telah membolehkan penglibatan berterusan walaupun dalam tempoh pergerakan terhad.


Secara keseluruhan, WhatsApp telah menyumbang kepada ketelusan, kebertanggungjawaban dan tindak balas yang baik dalam pelaksanaan program NRC, memupuk kepercayaan yang lebih tinggi dan menambah baik hubungan antara penggiat kemanusiaan dengan komuniti.

$20J

Bantuan tunai dihantar dengan kerjasama penyedia perkhidmatan kewangan

>2x

Peningkatan bilangan isi rumah yang berdaftar untuk bantuan tunai

465K

Bilangan isi rumah yang berdaftar dalam sebulan

130J

Bilangan mesej yang dihantar dan diterima dalam sebulan

“WhatsApp membantu kami berhubung dengan orang yang sangat memerlukan kami. Mereka tidak perlu menunggu lagi untuk mendapatkan maklumat, bertanya soalan dan mendaftar bagi mendapatkan bantuan dalam masa beberapa minit, terutamanya semasa mereka sedang bergerak. Selain itu, sokongan teknikal yang disediakan oleh pasukan WhatsApp amat membantu sekali.”


Anand Nair, Pengurusan Projek Global – Hab Komuniti Digital

Pembelajaran


1. Utamakan kelajuan komunikasi: WhatsApp membolehkan NRC berhubung dengan orang yang dipindahkan ketika krisis Ukraine dengan pantas, mengurangkan masa pendaftaran maklumat dan mempercepat akses kepada bantuan tunai apabila bantuan amat diperlukan.

2. Automasi untuk menjimatkan kos: Dengan mengautomasikan pendaftaran melalui templat utiliti WhatsApp, NRC dapat mengelakkan masa dan perbelanjaan untuk menggaji kemungkinan ribuan kakitangan sementara, lantas membolehkan organisasi menyokong lebih ramai orang yang memerlukan bantuan.

3. Kekalkan sentuhan peribadi secara besar-besaran: Melalui DCH, dibina sebahagiannya pada WhatsApp, NRC telah menyampaikan kandungan yang disesuaikan seperti latihan, video dan soal jawab sambil masih mengurus perbualan dua hala dengan lebih sejuta orang di pelbagai negara.

4. Gunakan platform yang sesuai dengan keadaan dunia sebenar: NRC memilih WhatsApp kerana penggunaan yang sedia ada di negara mereka bekerja. Malah, WhatsApp berfungsi dalam keadaan ketersambungan yang rendah, yang membolehkan komunikasi berterusan di tempat seperti Sudan, yang saluran tradisional tidak tersedia akibat konflik atau jurang infrastruktur.

5. Gunakan alat digital untuk meningkatkan kepercayaan: WhatsApp membantu NRC membina komunikasi yang dipercayai, berbilang bahasa, berbilang format merentasi wilayah, sekali gus meningkatkan keterangkuman dan kebolehcapaian



Ketahui lebih lanjut tentang cara WhatsApp boleh meningkatkan jangkauan dan penglibatan untuk organisasi anda.



*Hasil dilaporkan sendiri dan tidak dapat diulang dengan cara yang boleh dikenal pasti. Hasil berasingan yang dijangkakan secara amnya akan berbeza.