Facebook untuk Kerajaan dan Organisasi Bukan Berasaskan Keuntungan
Berhubung dengan komuniti anda dan capai matlamat anda dengan Facebook.
Bina komuniti dan pastikan pengikut organisasi anda kekal termaklum dengan kehadiran anda pada Facebook.
Bermula pada Facebook.
Sesiapa sahaja boleh mencipta Halaman tetapi hanya wakil rasmi boleh mencipta Halaman untuk organisasi, perniagaan, jenama atau tokoh masyarakat.
- Pergi ke facebook.com/pages/create.
- Masukkan nama Halaman, biografi dan kategori Halaman.
- Klik Cipta Halaman.
- Sesuaikan Halaman anda. Anda boleh menambahkan biografi, gambar profil dan foto muka depan anda.
Pilih kategori yang sesuai untuk Halaman anda.
- Jika anda seorang pegawai kerajaan, pilih Pegawai Kerajaan
- Jika anda sebuah organisasi kerajaan, seperti polis atau bomba, majlis bandar raya atau jabatan atau agensi kerajaan lain, pilih Organisasi Kerajaan atau Perkhidmatan Awam dan Kerajaan.
- Jika anda sebuah badan bukan berasaskan keuntungan, pilih Organisasi Bukan Berasaskan Keuntungan atau Organisasi Amal.
- Jika anda bertanding untuk jawatan, pilih Calon Politik.
- Jika anda sebuah organisasi politik, seperti parti politik atau kumpulan advokasi politik lain, pilih Organisasi Politik atau Parti Politik.
Nota: Sesetengah pegawai yang dipilih dalam sesetengah bidang kuasa dikehendaki oleh undang-undang agar mempunyai dua kehadiran pada Facebook (satu untuk aktiviti kempen dan satu lagi untuk aktiviti kerajaan). Anda mestilah sentiasa mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang terpakai berkaitan dengan aktiviti politik pada Facebook dan Instagram.
- Anda boleh memberi orang yang dipercayai akses separa atau kawalan penuh ke atas Halaman anda untuk membantu dari segi pengurusan. Anda boleh mencipta berbilang peranan pentadbir atau menentukan keizinan berasaskan tugasan secara berasingan untuk item tertentu seperti pengiklanan, penciptaan kandungan atau wawasan. Harap maklum bahawa Standard Komuniti Meta menghendaki hanya akaun Facebook yang sahih boleh mempunyai akses pentadbir untuk Halaman.
Lencana ditentusahkan bermakna bahawa sesuatu akaun telah ditentusahkan berdasarkan aktiviti akaun merentas produk kami dan maklumat atau dokumen yang diberikan oleh mereka.
Selain mematuhi Terma Penggunaan dan Standard Komuniti Facebook, akaun anda juga mestilah:
- Asli: Mewakili individu yang sebenar, perniagaan atau entiti berdaftar.
- Unik: Jadilah satu-satunya kehadiran bagi orang atau perniagaan ini. Hanya satu Halaman atau profil bagi setiap individu atau perniagaan boleh ditentusahkan, kecuali Halaman dan profil khusus bahasa. Kami tidak menentusahkan Halaman dan profil kegemaran umum (contoh: meme anak anjing).
- Ahli politik boleh menyenggara dua Halaman yang ditentusahkan untuk menyokong syarat etika iaitu memperuntukkan dana rasmi dan dana kempen bagi mengasingkan akaun. Lihat garis panduan di bawah tentang nama halaman untuk halaman rasmi kerajaan dan untuk halaman kempen/peribadi.
- Lengkap: Mestilah diterbitkan, awam, mempunyai nama, bahagian perihal, Halaman atau foto profil, foto muka depan, dan aktiviti terkini, termasuk sekurang-kurangnya satu siaran.
- Lihat Garis panduan umum untuk Nama Halaman Facebook
- Nama Halaman untuk halaman kerajaan rasmi termasuk halaman rasmi ahli politik terpilih boleh mengandungi jawatan atau singkatan kerajaan mereka cth. Senator/Wakil/Kongres/Datuk Bandar/Menteri/Ahli Parlimen, dsb. berserta nama (iaitu. 'Senator Samantha Weber' atau 'Sen. Helen Chan')
- Nama halaman untuk halaman kempen/peribadi atau profil tidak boleh mengandungi sebarang gelaran atau frasa seperti “untuk Kongres”/“untuk Amerika”, dsb. - penerangan/slogan tidak dibenarkan mengikut garis panduan
- Kategori Halaman mestilah mencerminkan kedudukan entiti dengan tepat, contohnya pegawai kerajaan, atau ahli politik/calon politik
- Bahagian Perihal perlu mengandungi maklumat yang jelas menyatakan sama ada ini ialah halaman rasmi kerajaan atau halaman kempen.
- Terkenal: Mewakili orang, jenama atau entiti yang terkenal dan sering mempunyai jumlah carian tertinggi. Kami menyemak Halaman dan profil yang dipaparkan dalam berbilang sumber berita dan kami tidak menganggap kandungan berbayar atau promosi sebagai sumber untuk semakan.
Meta Verified merupakan langganan berbayar yang dilengkapi ciri seperti lencana ditentusahkan, sokongan akaun, perlindungan penyamaran dan pelbagai lagi.
- Nota: Meta Verified hanya tersedia untuk pencipta dan akaun perniagaan pada masa ini. Pada masa ini, Meta Verified tidak tersedia untuk kategori perniagaan tertentu, seperti kerajaan, organisasi bukan berasaskan keuntungan dan politik, termasuk ahli politik, dan mana-mana perniagaan sedemikian yang berjaya melanggan Meta Verified mungkin dibatalkan langganan mereka. (Sumber)
Untuk mendapatkan bantuan, sila hubungi Pro Sokongan Meta.
Manfaatkan pelbagai format.
Ikut amalan terbaik untuk berhubung pada Facebook.
- Galakkan perbualan yang bermakna dengan komuniti anda dengan bertanya soalan kepada mereka, menjawab soalan mereka dan menunjukkan bahawa anda peka terhadap kebimbangan mereka.
- Pantau aktiviti Halaman anda secara berkala untuk komen dan pertanyaan yang memerlukan perhatian.
- Tekan tanda suka dan balas komen apabila ada kesempatan.
- Balas komen pada Halaman anda dengan jujur dan adil. Balasan komen individu akan membina kepercayaan dari semasa ke semasa dan menunjukkan bahawa anda mendengar.
- Cipta acara menggunakan alat acara Facebook untuk menganjurkan webinar, mesyuarat awam dan aktiviti akan datang. Anda juga boleh menstrim acara secara langsung dengan bersiaran secara langsung dan menyiar pada halaman acara Facebook anda.
Soalan Lazim
Anda boleh meminta perubahan untuk nama Halaman anda. Perlu diingat bahawa perubahan nama Halaman anda tidak akan menjejaskan nama pengguna. Lawati Pusat Bantuan kami untuk mengetahui cara menukar nama Halaman anda.
Jika anda ialah pentadbir bagi 2 Halaman Facebook, anda mungkin boleh menggabungkan kedua-duanya jika:
- Halaman mempunyai nama yang sama dan mewakili perkara yang sama. Jika anda mahu Halaman anda mempunyai nama yang sama, anda boleh meminta perubahan nama untuk satu daripada Halaman anda. Selepas perubahan diluluskan dan Halaman anda mempunyai nama yang sama, anda boleh memohon penggabungan dengan menghubungi pasukan kami atau mengikut langkah yang disenaraikan di sini.
- Halaman mempunyai alamat yang sama jika kedua-duanya mempunyai lokasi fizikal.
- Halaman di bawah akaun Pengurus Perniagaan yang sama.
- Kedua-dua Halaman ialah Halaman klasik atau berada dalam pengalaman Halaman baharu.
- Halaman yang ingin digabungkan bukan Halaman utama bagi akaun Pengurus Perniagaan.
Anda tidak boleh menggabungkan:
- 2 Halaman Facebook sekiranya itu ialah Halaman global.
- Halaman ditentusahkan dengan Halaman yang tidak ditentusahkan.
- Halaman klasik dengan Halaman dalam pengalaman Halaman baharu.
Sesiapa sahaja boleh mengetag anda dalam foto dan siaran lain. Bergantung pada tetapan anda, anda akan menerima pemberitahuan apabila seseorang mengetag anda. Anda boleh memilih pemberitahuan yang anda akan terima tentang pengetagan menerusi tetapan anda. Ketahui lebih lanjut tentang pengetagan di sini.
Anda boleh menggunakan semakan tag untuk meluluskan atau menolak tag yang ditambahkan oleh orang pada siaran anda. Apabila anda menghidupkan semakan tag, jika seseorang mengetag sesuatu yang anda siarkan, tag tidak akan muncul sehingga anda memberikan kelulusan. Ketahui lebih lanjut tentang semakan tag di sini.
Profil palsu berlaku apabila seseorang menyamar sebagai sesuatu atau seseorang yang tidak wujud. Profil palsu boleh termasuk profil untuk orang, tokoh masyarakat atau organisasi palsu atau rekaan. Ketahui lebih lanjut tentang melaporkan profil palsu di sini.